Jilid Terbitan Kes
Lembaga Rayuan Negeri Pulau Pinang ini merupakan satu usaha yang
penting. Kes-kes yang telah diputuskan di Lembaga Rayuan sejak 1990an
dijilidkan dan diterbitkan untuk tatapan orang ramai. Terbitan ini
bukan sahaja akan menjadi bahan rujukan kepada pengamal
undang-undang, ahli akademik dan juga memberi manfaat kepada
profesional yang terlibat dalam perancangan. Ratio decidendi dalam
keputusan ini akan menjadi panduan kepada orang ramai bagaimana
sesuatu keputusan Lembaga Rayuan dicapai berasaskan undang-undang dan
fakta.
Lembaga Rayuan di Pulau
Pinang adalah antara Lembaga Rayuan yang aktif di Malaysia. Ini
sejajar dengan kedudukan Pulau Pinang sebagai satu negeri yang pesat
dalam pembangunan. Negeri Pulau Pinang juga mempunyai kumpulan
aktivis serta individu yang aktif dalam memberi pandangan kepada
authoriti dari segi isu-isu pembangunan dan perancangan. Ini
merupakan petanda yang positif memandangkan kayu pengukur kejayaan
sesebuah negeri bukan hanya bergantung kepada kepesatan pembangunan
tetapi juga tahap penyertaan orang ramai dalam hal-ehwal awam.
Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada persidangan November 2011 telah meluluskan Rang Undang-Undang Kebebasan Maklumat Negeri Pulau Pinang. Ini merupakan satu perundangan yang penting memandangkan halatuju pentadbiran Negeri Pulau Pinang ialah supaya ketelusan dari segi pentadbiran Kerajaan Negeri dapat dipertingkatkan. Ini sejajar dengan Prinsip Competency, Accountability dan Transparency yang dipelopori oleh Kerajaan Negeri.
Maka, usaha Terbitan Kes
Lembaga Rayuan Negeri Pulau Pinang mulai dari volume 1 dan 2 untuk
keputusan tahun 1991 dan 1992 ini ejajar dengan halatuju ketelusan
maklumat yang dipelopori.
Ini juga merupakan satu usaha berterusan untuk memartabatkan Lembaga Rayuan di Pulau Pinang sebagai satu entiti yang berwibawa dan berkecuali. Saya bagi pihak Kerajaan Negeri mengalu-alukan Terbitan Kes Lembaga Rayuan Negeri Pulau Pinang.
YB Wong Hon Wai
Ahli Majlis Mesyuarat kerajaan Negeri
Pulau Pinang
(Perancang Bandar & Desa, Perumahan
dan Kesenian)
No comments:
Post a Comment